PROGRAM MYCORPS DI CAMBODIA

ANG.KORBAN, KAMPUNG CHAM,CAMBODIA, 6 - 20 Disember 2015 - Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara berperanan merealisasikan usaha kerajaan untuk membangunkan nilai positif dalam kalangan belia untuk memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi melalui Inisiatif MyCorps. Inisiatif ini merupakan program Kesukarelawanan Belia Antarabangsa yang bertujuan untuk membentuk kendiri,jatidiri belia Malaysia melalui khidmat, sumbangan serta pengalaman dalam kerja-kerja kesukarelawanan khasnya dengan mensasarkan untuk melahirkan sukarelawan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat global.

Bagi pelaksanaan program MyCorps 2015, KBS berkerjasama dengan EPIC dan Pusat Belia Antarabangsa dalam menjayakan projek perintis ini sebagai usaha kerajaan bersama badan Bukan Kerajaan NGO bagi menjayakan program berbentuk kesukarelaan bertaraf antarabangsa ini.

Melalui program ini juga secara tidak langsung KBS dapat mewujudkan rangkaian kerjasama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dan perkongsian bestari antara pelbagai sektor dan NGO kesukarelaan ke arah memantapkan lagi program MyCorps di masa akan datang.

Secara tidak langsung melalui pelaksanaan program MyCorps ini, KBS dapat mengupayakan Sukarelawan dikalangan belia dengan mengadakan program berbentuk penempatan sementara sukarelawan di negara—negara luar seperti Cambodia dan juga akan ke negara-negara lain pada masa akan datang.

Program MyCorps 2015 ini merupakan program perintis yang melibatkan penyertaan seramai 40 Sukarelawan Belia (19) Lelaki dan (21) Perempuan dengan pecahan kaum ( 25) Melayu ( 7 ) Cina dan ( 8 ) India dan mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan seperti doktor, bakal guru, pelajar di IPT A/S, pekerja kerajaan dan swasta, penggerak NGO belia dan lai-lain.

Peserta MyCorps yang terpilih telah melalui Pre Departure Training di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur selama 7 hari bermula 27 November 2015- 4 Disember 2015 sebelum berlepas ke Cambodia.

Latihan ini telah dilengkapkan dengan modul-modul latihan yang komprehensif dan bersesuaian bagi menyediakan peserta untuk menjalankan pilot projek MyCorps di Cambodia selama 2 minggu. Modul- Modul latihan ini termasuklah latihan kepimpinan, teamwork, motivasi, bantuan kecemasan, kemahiran membina, sejarah dan budaya Negara Asean terutamanya Cambodia sebagai persediaan untuk menjadikan MyCorps seorang sukarelawan yang berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai semangat yang tinggi untuk memberi khidmat dalam menjayakan misi tersebut.

Program penempatan MyCorps di Cambodia dijalankan di Ankor Ban, Kampung Cham,Cambodia selama 14 hari bermula pada 6 -20 Disember 2015. Pendedahan peserta kepada persekitaran, budaya dan gaya hidup yang asing mencabar peserta untuk menyesuaikan diri dan memahami erti kehidupan dari sudut yang berlainan termasuklah cabaran-cabaran yang dijangka dan diluar jangka para peserta MyCorps. Sebenarnya inilah peluang MyCorps untuk mencari dan memperkukuhkan jati diri, membina sahsiah diri disamping mendalami keunikan budaya dan gaya hidup komuniti di negara lain. Peluang ini juga telah mmberi pengalaman yang berharga kepada peserta MyCorps untuk bekerjasama dalam projek-projek tempatan bersama NGO antarabangsa dan seperti Rain Water Cambodia yang bekerjasama dalam membantu KBS dan EPIC untuk menjayakan projek MyCorps di Cambodia ini .

Pastinya peserta-peserta amat berbangga dan bersyukur menjadi Rakyat Malaysia (Proud to be Malaysian). Menerusi platform program inilah menjadi pemangkin untuk menjadikan peserta Mycorps sebagai Belia Malaysia yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi, prihatin dan bertanggungjawab kepada Bangsa dan Negara dan mampu berdaya saing di peringkat global. Inilah nilai sebenar yang disasarkan oleh KBS dalam menjayakan inisiatif MyCorps ini.

AKTIVITI MYCORPS DI CAMBODIA

1. Melawat Killing Fields di Kemboja
2. Melawat Toul Sleng Muzium dimana pembunuhan beramai-ramai berlaku.
3. Memperkenalkan NGO kolaborator tempatan, RainWater Cambodia. RWC memberi taklimat tentang misi mereka untuk menyelesaikan masalah air sanitasi dan kekurangan tandas di Angkor Ban Commune.
4. Sesi pengenalan dengan ketua kampung, setiausaha dan ahli komuniti di Angkor Ban.
5. Gotong-royong membersihkan rumah dan kawasan persekitaran yang akan dihuni sepanjang 2 minggu. Memperuntukkan tempat tidur masing-masing dan menyediakan kipas dan palam elektrik. 6. Makan malam dengan 20 famili yang bakal menerima tandas tersebut untuk membiasai famili dengan peserta MYCorps.
7. Peserta ‪‬‬dijemput ke majlis perkahwinan traditional Kemboja. Pengantin, En.Sokkhai merupakan salah seorang wakil NGO tempatan yang bekerjasama dengan kita untuk menjayakan projek ini. Sebagai penghargaan, peserta MYCorps walaupun keletihan, telah menghadiahkan sebuah tarian yang menggambarkan budaya di Malaysia.
8. Selain itu, mereka juga menjalani aktiviti jalinan masyarakat setempat. Peserta meluangkan masa bersama penduduk kampung sambil melibatkan diri dalam rutin harian mereka - bercucuk tanam, menternak lembu, membersihkan rumah dan bermain bola sepak.
9. Peserta juga dapat melawat sebuah sekolah rendah berdekatan dan telah mengambil banyak gambar dengan murid-murid. Ada pula dalam kalangan mereka yang bermain "kejar-kejaran" dengan peserta kita. Tambahan pula, peserta dapat berkomunikasi dengan murid sekolah rendah di situ, dengan ayat-ayat asas yang sudah mereka pelajari semasa latihan di IYC dan seminggu di Kemboja. Bukan sahaja lawatan ini telah meriahkan suasana sekolah rendah tersebut, tetapi peserta juga mengambil kesempatan ini untuk berehat sekejap daripada rutin pembinaan mereka.
10. Elaun sebanyak $15 seorang telah diperuntukkan untuk malam 19 Disember dan pagi 20 Disember. Dengan elaun tersebut, mereka boleh menaiki "tuk tuk" dan melawat pasar malam/pagi Phnom Penh. Mereka juga digalakkan untuk mengambil gambar dengan beberapa mercu tanda di Phnom Penh berdekatan dengan rumah tumpangan mereka. Secara tidak langsung, ini juga mengalakkan mereka untuk mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami sejarah dan budaya masyarakat tempatan di sana.
11. menjayakan projek ini. Sebagai penghargaan, peserta MYCorps walaupun keletihan, telah menghadiahkan sebuah tarian yang menggambarkan budaya di Malaysia.
12. Selain itu, mereka juga menjalani aktiviti jalinan masyarakat setempat. Peserta meluangkan masa bersama penduduk kampung sambil melibatkan diri dalam rutin harian mereka - bercucuk tanam, menternak lembu, membersihkan rumah dan bermain bola sepak.

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable