SESI TEH TARIK YBHG DATO’ KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BERSAMA PERSATUAN PEMBANTU OPERASI, PEMANDU DAN PEMBANTU AWAM (POPPA)

SESI TEH TARIK YBHG DATO’ KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BERSAMA PERSATUAN PEMBANTU OPERASI, PEMANDU DAN PEMBANTU AWAM (POPPA)
PUTRAJAYA, 6 JANUARI 2017 – Sesi Teh Tarik YBhg Dato’ Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan bersama Persatuan Pembantu Operasi, Pemandu
dan Pembantu Awam (POPPA) telah diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Diamond Lounge, Aras 7, Menara Kementerian Belia dan Sukan. Sesi ini diadakan khusus untuk membincangkan perkara-perkara yang merangkumi aspek kebajikan, prosedur kerja, kewangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan POPPA.

Wakil daripada POPPA diberi peluang untuk membincangkan dan mengutarakan keperluan mereka secara langsung kepada YBhg Dato’ KSU yang merupakan Pegawai Pengawal kementerian ini. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Ahmad Hassanuddin Afendy Bin Ridzuan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan 8 orang anggota POPPA.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KBS pula diwakili oleh Encik Sahrizan Bin Asar dari Skim Perkhidmatan Pemandu, dan Encik Yusoff Bin Abdullah pula dari Skim Perkhidmatan Pembantu Awam.

Sesi Teh Tarik seperti ini akan diteruskan bersama dengan kumpulan-kumpulan pekerja yang lain bagi membolehkan interaksi langsung antara kumpulan pekerja dengan YBhg Dato’ KSU secara informal dan santai.

Oleh: Bahagian Khidmat Pengurusan

Disunting oleh: Hairol Hisham bin Hamdan (Unit Komunikasi Korporat)
hairolhisham@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable