AJINOMOTO CO. INC. (AJINOMOTO CO) PENAJA PLATINUM BAGI KL 2017

PUTRAJAYA, 14 FEBRUARI 2017 – Penganjuran Sukan SEA ke–29 dan Sukan Para ASEAN ke–9 (KL 2017) bertambah meriah dengan sokongan daripada pihak Ajinomoto Co Inc (Ajinomoto Co) yang akan menjadi penaja Platinum bagi KL 2017.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penajaan tersebut telah berlangsung di Menara KBS dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Dalam majlis tersebut Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MOSAC) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zolkples Embong manakala Ajinomoto Co diwakili Naib Presiden Korporat (Pengurus Besar Bahagian ASEAN) Encik Kaoru Kurashima. YB Khairy Jamaluddin berkata, melalui perjanjian berkenaan, Ajinomoto Co bersetuju menjadi penaja platinum bagi temasya sukan berkenaan dan setakat ini syarikat dari Jepun itu menjadi penaja tunai terbesar kepada KL 2017. Ajinomoto Co juga merupakan syarikat pertama daripada luar rantau Asia Tenggara yang menaja KL 2017 dan ini sudah pasti mampu menjadikan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN ini mempunyai nilai pasaran tinggi di peringkat antarabangsa.

Laporan Oleh :

Syaza Amirah Binti Saaban (Unit Komunikasi Korporat KBS)
syzamirah96@gmail.com

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable