SIRI JELAJAH TRANSFORMASI NASIONAL (TN50) DEKATI GOLONGAN MUDA

PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2017 – Siri jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan bergerak ke setiap negeri bermula 24 Februari ini dengan Sabah menjadi lokasi pertama siri jelajah tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin berkata, siri jelajah dialog yang menjadikan golongan muda sebagai kumpulan sasaran itu, seterusnya akan ke Terengganu pada 27 Februari, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan negeri-negeri lain pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Jelas beliau, bagi siri jelajah tersebut, pihaknya telah mengenal pasti tujuh bidang fokus untuk diberi tumpuan oleh generasi muda bagi pengisian TN50 iaitu nilai murni, urus tadbir, persekitaran, pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan Malaysia di pentas global.

“Kalau peserta tidak dapat menzahirkan (cadangan dan pandangan) secara lisan, mereka boleh menulis idea mereka di papan cadangan yang disediakan atau melalui platform dalam talian,” ujarnya yang bakal hadir di setiap lokasi siri jelajah nanti.
 
Laporan Oleh :

Nur Alia Binti Sulaiman (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Aliappj@gmail.com

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable