IKTBN SEPANG JUARA PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA SEPANG 2017

IKTBN SEPANG JUARA PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA SEPANG 2017
SEPANG, 14 MAC 2017 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menjuarai tempat pertama Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Bahan Terpakai sempena Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Sepang 2017 anjuran Perpustakaan Awam Selangor. Sebanyak dua penyertaan telah diterima oleh pihak penganjur iaitu projek Tennis Ball Collector dan Bio Green Plastic Material from Waste Banana Leaves iaitu masing-masing daripada Jabatan Teknologi Elektronik dan Jabatan Teknologi Mekanikal Pembuatan IKTBN Sepang.

Sebanyak 10 projek inovasi telah dipertandingkan yang turut disertai oleh pelbagai Kolej Latihan Awam dan Swasta di daerah berdekatan antaranya Kolej Komuniti Hulu Langat, Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej MCS dan Kolej Teknologi MEA.

Projek Bio Green Plastic Material from Waste Banana Leaves dari IKTBN Sepang telah menjuarai pertandingan pada kali ini dengan mengalahkan sembilan penyertaan lain dan pulang dengan wang tunai RM1000 serta Sijil Penghargaan. Tempat kedua dimenangi oleh Meja Mesra Alam dari Kolej Komuniti Hulu Langat dan tempat ketiga dimenangi oleh Vakum Habuk Ringan dari Bahan Terpakai dari Kolej MCS. Projek Tennis Ball Collector juga turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai sebanyak RM200 dan sijil penghargaan dari penganjur. Tahniah kepada semua pemenang!

Disediakan oleh : Vijaya A/P Sengodan, IKTBN Sepang

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
imelia@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable