MABA TERIMA TAJAAN RM3.5 JUTA

MABA TERIMA TAJAAN RM3.5 JUTA
KUALA LUMPUR, 17 MAC 2017 - Menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan RM3.5 juta daripada dua syarikat swasta.

Westports Malaysia Sdn. Bhd. menaja RM2.5 juta manakala PRG Holding Berhad menaja RM1 juta. Penajaan ini bukan sahaja untuk persiapan pasukan, tetapi bakal digunakan untuk membaik pulih stadium MABA yang akan digunakan sebagai lokasi utama acara bola keranjang pada Sukan Sea Ogos depan.

"Penajaan ini memang tepat pada masanya dan berharap ini memberi semangat kepada pasukan wanita mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu dan pasukan lelaki mencapai sasaran yang diletakkan pada Ogos ini" kata Presiden MABA, Datuk Lua Choon Hann.

MABA sebelum ini menerima RM1.5 juta daripada kerajaan bagi membaik pulih stadium yang kini hampir 89 peratus siap. Majlis penyerahan penajaan dari Ketua Pegawai Westports Malaysia Sdn, Bhd., Encik Ruben Emir Gnanalingam kepada Dato' Lua Choon Han yang mewakili PRG Holding Berhad disaksikan Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Disediakan oleh : Adila Mohamad, Majlis Sukan Negara
adila@nsc.gov.my

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
imelia@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable