IKTBN SEPANG MENYERTAI KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH KENANGAN SRI CHERAS

IKTBN SEPANG MENYERTAI KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH KENANGAN SRI CHERAS
CHERAS, 11 APRIL 2017 – IKTBN Sepang telah menyertai aktiviti kemasyarakatan pada 1 April 2017 yang lalu di Rumah Seri Kenangan Cheras yang dianjurkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Seramai 14 orang pelajar dari IKTBN Sepang telah menyertai aktiviti ini di mana dengan adanya penganjuran aktiviti ini, ia dapat menggalakkan para pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti kesukarelaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak diluar. Selain itu, para pelajar berpeluang untuk beramah mesra dengan warga emas yang menghuni di Rumah Seri Kenangan Cheras tersebut.

Laporan oleh :Nurul Huda binti Hamid, Cawangan Pengurusan Pelajar, IKTBN Sepang
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable