LAWATAN KE SISTEM SOLAR HYBRID PULAU BANGGI SATU PENGALAMAN MENARIK

LAWATAN KE SISTEM SOLAR HYBRID PULAU BANGGI SATU PENGALAMAN MENARIK
KUDAT, 11 APRIL 2017 - Pasukan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut baru-baru ini telah berjaya mengadakan lawatan ke stesen solar hybrid Pulau Banggi Kudat, Sabah dianggap satu pengalaman menarik .

Stesen solar hybrid Pulau Banggi merupakan stesen solar hybrid yang terbesar di Negeri Sabah dibawah kendalian Sabah Electrik Sdn. Bhd (SESB).Ia boleh menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 1.2 megavolt yang boleh menampung 19 buah kampung di Pulau Banggi.

Lawatan selama 2 jam tersebut turut disertai oleh jurutera SESB iaitu Encik Yusdi bin Yusof yang bertanggungjawab tentang stesen solar hybrid di Pulau Banggi, Kudat dan Encik Papardi bin Jobinar Penyelia SESB sistem solar hybrid Pulau Banggi.

Kompleks yang bernilai 80 juta itu dikendalikan oleh seramai 15 orang kakitangan SESB yang menetap dikawasan kompleks sistem solar hybrid di Pulau Banggi. Menurut Encik Papardi lagi, bekalan kuasa yang dihasilkan oleh sistem solar hybrid akan berkurangan jika cuaca tidak beberapa elok dan ia akan bertukar kepada kuasa elektrik yang dihasilkan melalui bateri.

Lawatan ini dianggap berjaya memberi kefahaman dengan jelas bagaimana proses penghasilan elektrik melalui sistem solar hybrid kepada rombongan IKBN Kinarut yang dianggap Institut Latihan Awam yang pertama menjejak kaki ke stesen solar hybrid Pulau Banggi.

Disediakan oleh :-Razali Mohamad (IKBN Kinarut)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable