39 ATLET KITA JUARA TERSENARAI KE PROGRAM PODIUM

39 ATLET KITA JUARA TERSENARAI KE PROGRAM PODIUM
KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2017 - Kejayaan cemerlang pasukan hoki negara yang layak beraksi di Piala Dunia secara merit di India tahun depan selain muncul naib juara Piala Asia bulan lalu menyasikan mereka disenaraikan ke Program Podium bermula Januari 2018.

Pada majlis pengumuman senarai terkini atlet Program Podium di Dewan Perdana ISN, Bukit Jalil, menyaksikan skuad kendalian Stephen Van Huizen merupakan ahli pasukan terbesar dalam Program Podium secara berpasukan, selain pasukan sepak takraw.

Selain skuad hoki, sukan olahraga menyaksikan 2 wakil tersenarai iaitu Irfan Shamsudin (lempar cakera), Hakimi Ismail (lompat kijang) manakala pencak silat menyaksikan pertambahan seramai empat pesilat iaitu Faizul Nasir, Taqiyuddin Hamid, Rosli Md Sharif dan Robial Sobri.

Sukan menembak pula kembali tersenarai menerusi Jonathan Wong, diikuti sukan boling yang menyaksikan pertambahan 2 atlet iaitu Natasha Roslan dan Ahmad Muaz Mohd Fisol.

Turut tersenarai Izzah Amzan (gimnastik berirama), Zharif Syahir Zolkepli (memanah), Auni Fatihah Khamis (boling padang), Azroy Hazalwafie (angkat berat) dan Yeap Wai Kin (wushu). Dalam pada itu, Didin Terasoh (para badminton), Muhammad Afiq Afify Rizan (para berbasikal) dan Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda) antara wakil terbaru atlet paralimpik yang terpilih ke Program Podium. Pertambahan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan atlet dalam program Podium 2018 adalah seramai 146 orang, berbanding 120 atlet pada 2017.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable