TN50x : ASPIRASI TVET “ MASA DEPAN KERJAYAKU”

TN50x : ASPIRASI TVET “ MASA DEPAN KERJAYAKU”
KUALA LANGAT, 17 APRIL 2017 - Sekretariat Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA) dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menganjurkan program dialog TN50x bertempat di Dewan Ibnu Sina IKBN Kuala Langat di sini. Program dialog ini telah disempurnakan oleh YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin bersama moderator Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Kira-kira 500 peserta yang hadir terdiri daripada pelajar institut kemahiran awam, wakil dari industri dan juga tenaga pengajar dari institusi kemahiran awam setempat bagi bersama-sama berkongsi cadangan dan aspirasi demi masa depan latihan vokasional di Malaysia.

Antara aspirasi menarik yang dikemukakan adalah tentang usaha untuk memastikan agar para penggiat industri turut terlibat dalam berkongsi kepakaran serta membantu menyediakan modul latihan kepada institusi kemahiran tempatan.

“TVET kini melalui proses transformasi perlu mengharungi perubahan dalam mempersiapkan para pelajar melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat “ kata beliau dalam sesi dialog TN50X tersebut. Beliau juga menekankan agar bidang-bidang baharu yang kurang diberi perhatian seperti animasi, memerlukan penekanan untuk 30 tahun akan datang kerana belia Malaysia perlu kreatif dan bersaing diperingkat global jika ingin maju pada masa akan datang.

Disediakan oleh : Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)
nazlin@kbs.gov.my

Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable