PROGRAM “ONE STATE ONE UNIVERSITY ONE CENTRE”

PROGRAM “ONE STATE ONE UNIVERSITY ONE CENTRE”
KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2017 - Universiti Selangor (UNISEL) muncul universiti pertama yang menjalin kerjasama bersama Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Selangor dalam menjayakan program "One State One University One Centre".

Program ini merupakan salah satu daripada 3 teras utama yang terdapat dalam program Malaysian Athlete Career and Education (MACE) iaitu pendidikan, kerjaya dan kebajikan.MACE adalah platform untuk atlet-atlet negara merancang masa depan dan seterusnya mempunyai masa terjamin khususnya selepas era sebagai atlet berakhir.

Menerusi program "One State One University One Centre" ini, UNISEL akan berfungsi sebagai pusat latihan negeri khususnya kepada atlet-atlet pelapis dan juga atlet negeri. Atlet-atlet ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama meneruskan latihan berpusat di bawah seliaan program MSN dan Majlis Sukan Negeri Selangor.

Majlis menandatangai memorandum perjanjian persefahaman antara MSN-UNISEL-Majlis Sukan Negeri Selangor berlangsung di Casa 1, MSN Bukit Jalil. MSN diwakili Ketua Pengarah, Dato' Ahmad Shapawi Ismail, UNISEL diwakili Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, manakala Majlis Sukan Negeri Selangor diwakili Pengarah Eksekutif, Mohd Zubir Idrus.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable