JAWATANKUASA PENGELOLA MALAYSIA (MASOC) METERAI PERJANJIAN PENAJAAN BERSAMA MCDONALD’S

JAWATANKUASA PENGELOLA MALAYSIA (MASOC) METERAI PERJANJIAN PENAJAAN BERSAMA MCDONALD’S
PUTRAJAYA, 25 APRIL 2017 – Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 – Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) mengalu-alukan penyertaan McDonald’s Malaysia sebagai penaja Perak dan restoran rasmi.

Perjanjian penajaan ditandatangani secara rasmi hari ini oleh YBhg Dato’ Seri Zolkpes Embong, Ketua Pegawai, Kementerian Belia dan Sukan mewakili Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dan En Azmir Jaafar, Pengarah Urusan / Rakan Operasi McDonald’s Malaysia. Perjanjian ini disaksikan oleh Y.B. Brig. Gen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, memaparkan satu lagi pencapaian penting bagi McDonald’s Malaysia dalam usaha menyokong pembangunan sukan di Malaysia.

McDonald’s akan menyokong KL 2017 dengan jumlah penajaan bernilai lebih RM 1 juta secara wang tunai dan cenderahati. Selain itu, 3 restoran McDonald’s di Johor, Pulau Pinang dan Putrajaya bakal menjadi pusat sehenti untuk Larian Obor KL 2017.

“McDonald’s cukup berbangga menjadi sebahagian daripada acara penting ini dan berharap dapat membantu menaikkan lagi semangat ‘Bangkit Bersama’. Penyertaan kami dalam KL 2017 merupakan sesuatu yang cukup bermakna; lebih-lebih lagi dengan pelbagai lagi aktiviti yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Sesungguhnya, kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia ke restoran sehenti kami untuk menzahirkan sokongan kepada para atlet kita dan temasya KL 2017,” kata En Azmir Jaafar, Pengarah Urusan / Rakan Operasi, McDonald’s Malaysia.

Penglibatan McDonald’s dalam bidang sukan telahpun bermula sejak tahun 1976 apabila ia menjadi penaja rasmi untuk Sukan Olimpik Musim Panas Montreal. Mulai dari saat itu, syarikat perkhidmatan makanan terkemuka dunia ini terus melaksanakan komitmen jangka panjangnya kepada Sukan Olimpik sehingga ke hari ini.

“MASOC amat berbesar hati menerima penyertaan syarikat global seperti McDonald’s. Jenama McDonald’s sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup seharian kita.

Dengan penajaan ini, saya percaya McDonald’s bukan sahaja dapat memperkukuhkan lagi jenamanya di rantau Asia Tenggara malah dapat menggunakan kekuatan tersebut untuk menyatupadukan rakyat Malaysia,” kata Y.B. Brig. Gen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. KL 2017 bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 untuk Sukan SEA ke-29 dan 17 hingga 23 September 2017 untuk Sukan Para ASEAN.

Disediakan oleh : MASOC
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable