KELANTAN INTERNATIONAL HALF MARATHON 2017

KELANTAN INTERNATIONAL HALF MARATHON 2017
BACHOK, 25 APRIL 2017 - Pada 22 April 2017 telah berlangsungnya Kelantan International Half Marathon 2017 (KIHM2017) di Pusat Tranformasi Luar Bandar Kota Bharu, Kelantan yang julung kalinya di adakan di negeri Che Siti Che Wan Kembang dengan penglibatan seramai 9,000 peserta dari seluruh pelusuk tanah air serta pelari - pelari dari luar negara.

Sebanyak empat kategori acara yang dipertandingkan iaitu 3km, 5km, 10km dan juga 21 km yang juga merupakan acara utama dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 7,000.00 bagi johan. Program ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan dan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok turut sama menjayakan program tersebut dengan menghantar seramai 26 orang peserta. Larian yang bermula pada pukul 6.50 pagi itu dilepaskan oleh Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Kehadiran YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menyerikan dan menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Memetik dari ucapan beliau, beliau berharap agar budaya gaya hidup sihat dapat diteruskan dan dipraktikkan dalam kehidupan tidak mengira peringkat umur.

Disediakan oleh : IKTBN Bachok
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable