ISRA’ & MIKRAJ: PENGHAYATAN DAN PENGAJARAN

ISRA’ & MIKRAJ: PENGHAYATAN DAN PENGAJARAN
BACHOK, 4 MEI 2017 – Semalam telah berlangsungnya satu ceramah “Iktibar Dan Pengajaran Isra’ Mikraj” bersempena dengan hari Isra’ dan Mikraj yang disambut oleh umat Islam pada Isnin yang lepas.

Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustaz Azhar Muhammad, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan berlangsung selepas solat maghrib yang disertai oleh seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok.

Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga IKTBN Bachok dan juga supaya pemantapan iman dapat dikukuhkan.

Antara pengajaran yang di ketengahkan adalah setiap umat Islam seharusnya bersungguh - sungguh dalam mengerjakan amal ibadat terutamanya solat fardhu di mana peristiwa Isra’ dan Mikraj ini merupakan hari Allah S.W.T memperintahkan melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad S.A.W bahawa fardhu ke atas setiap umat Islam untuk menunaikan solat.

Disediakan Oleh :IKTBN Bachok
Disunting oleh: Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable