PAMERAN FOTOGRAFI ‘TEGUH’ BERTARAF ANTARABANGSA

PAMERAN FOTOGRAFI ‘TEGUH’ BERTARAF ANTARABANGSA
BANTING, 10 MEI 2017 – Jurusan Fotografi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Pameran Fotografi bertaraf Antarabangsa bertajuk The Elite Generation Ult Exhibition (TEGUH) pada 6 dan 7 Mei yang lalu bertempat di Dewan Ibnu Sina. 

Pameran di bawah penyelaras projek Hamzuri bin Abdul Hamid merupakan tugasan wajib yang disertai oleh seramai 28 orang pelajar Jurusan Fotografi sempena Peperiksaan Akhir sesi 1/2017 bagi tujuan untuk mempamer hasil karya pelajar semester akhir.

Sebanyak 187 keping gambar dari pelbagai genre fotografi antaranya pengiklanan, kewartawanan, fesyen, prdouk, seni halus dan sebagainya . Setiap hasil karya yang dihasilkan telah diselia oleh pegawai penyelia yang telah ditetapkan.

Panel Professional Khas yang telah dijemput ialah Samsudin bin Oli dan Rizman Hady bin Bujang @ Muahammad bagi membuat penilaian terhadap persembahan serta hasil karya pelajar-pelajar tersebut.

Hasil Karya oleh Norfazrien Asraf bin Norasrin telah terpilih memenangi Anugerah Gambar Terbaik menerima Pakej percutian ke Hatyai beserta trofi sumbangan Persatuan Alumni ILKBS Malaysia. Pameran ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Mgt Hussain Bin Mgt Jaaffar, Pengarah IKBN Kuala Langat.

Oleh :Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)
nazlin@kbs.gov.my

Disunting Oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable