MAJLIS KHATAM AL QURAN IKBN KINARUT

MAJLIS KHATAM AL QURAN IKBN KINARUT
KINARUT, 7 JUN 2017 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut pagi tadi telah menganjurkan majlis khatamal Al-Quran beramai-ramai untuk pelajar dan juga kakitangan IKBN Kinarut bertempat di Surau Al Hidayah IKBN Kinarut.

Majlis khatamal Al-Quran tersebut telah diketuai oleh Ustaz Nasir bin Othman, Pengerusi Madrasah Huffaz Darus Hadis Sabah dan dibantu oleh Ustaz Sabran Sabirullah.

Pada penghujung program tersebut telah diadakan ceramah khas berkaitan dengan penghayatan Al-Quran dan keberkatan malam lailatul qadar yang disampaikan oleh Ustaz Nasir bin Othman.

Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah dan Puan Fatimah Abdul Rahman Penolong Pengarah serta semua kakitangan muslim di IKBN Kinarut.

Disediakan Oleh :-Razali Mohamad (IKBN Kinarut)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable