PERKEMBANGAN TERKINI KL2017 DI HUJUNG JARI

PERKEMBANGAN TERKINI KL2017 DI HUJUNG JARI
KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2017 - Digital@KL2017 bakal menjadi medium untuk orang ramai mengikuti perkembangan terkini Sukan Sea dan Sukan Para Asean yang akan berlangsung Ogos dan September depan. Platform digital ini melibatkan aplikasi telefon pintar (untuk iOS dan android), saluran rasmi YouTube KL2017, Facebook, Instagram dan Twitter.

"Orang ramai boleh menonton perlawanan secara langsung dan juga mengetahui maklumat seperti jadual perlawanan, keputusan dan sebagainya. MASOC akan berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada semua peminat sukan tanahair," jelas Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen Khairy Jamalauddin pada majlis perasmian di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pagi tadi.

Pada majlis yang sama, Khairy turut melancarkan iklan rasmi KL2017 dengan mesej "It takes a nation to raise a champion (bersama kita lahrkan juara).

"Iklan rasmi KL2017 ini membawa mesej semangat kesukanan, perpaduan, kebersamaan dan perjuangan yang tinggi.Ia juga memaparkan sebuah perjalanan yang menuntut pengorbanan dan sokongan daripada banyak pihak demi melahirkan seorang juara".

Persiapan KL2017 kini memasuki fasa terakhir dengan berbaki 36 hari sebelum Sukan Sea membuka tirai pada 19 hingga 30 Ogos 2017 manakala Sukan Para Asean akan berlangsung pada 17 hingga 23 September 2017.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable