IYRES BANTU BANGUN INDEKS GERAKAN KOPERASI (IGK)

IYRES BANTU BANGUN INDEKS GERAKAN KOPERASI (IGK)
CAMERON HIGHLAND, 12 JULAI 2017 – Satu bengkel membangunkan Indeks Gerakan Koperasi (IGK) tahun 2017 diadakan di Hotel Heritage, Cameron Highland selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2017.

Bengkel ini merupakan anjuran Bahagian Pemantau dan Penyelia Projek Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Objektif bengkel adalah untuk menyediakan satu platform perbincangan serta percambahan ilmu yang lebih fokus bagi menentukan domain dan indikator yang signifikan dalam membangunkan IGK.

Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan berkaitan teknik untuk membentuk set soal selidik bagi menghasilkan IGK yang memenuhi piawaian, berkualiti dan signifikan kepada pihak yang berkepentingan.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan tajuk Pembentangan Teknik Pemilihan Domain Dan Indikator Pengukuran.

Taklimat pada hari kedua disampaikan oleh YBhg. Dr. Rozita Amiruddin, pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembentangan deraf akhir dilaksanakan pada hari terakhir bengkel dan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mat Deris Bin Mat Jusoh Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan), Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


Disediakan oleh:Muhammad Hafiz Hassan
hafiz.hassan@iyres.gov.my

Disunting oleh:Zuarini Jumai
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable