INSENTIF MENANTI ATLET SUMBANG PINGAT DI SUKAN DEAFLYMPICS

INSENTIF MENANTI ATLET SUMBANG PINGAT DI SUKAN DEAFLYMPICS
KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2017 - Atlet negara yang berjaya meraih pingat di Sukan Deaflympics ke 23 di Samsun, Turki bakal menerima insentif daripada kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nilai imbuhan yang akan diberikan itu.

"Ini merupakan tanda penghargaan kerajaan kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama negara."

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan menyertai Sukan Deaflympics pada 18 hingga 30 Julai ini, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Diketuai Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Kamarzaman Harun selaku Chief De Mission (CDM) Malysia ke Turki, 15 atlet negara akan menyertai tiga daripada 21 kategori sukan yang akan dipertandingkan iaitu boling, badminton dan olahraga pada temasya sukan yang disertai 80 negara dengan lebih 7,000 atlet.

Pada edisi kelima ini, Malaysia mensasarkan dua pingat emas dari acara badminton menerusi Boon Wei Ying dan Francis Tan Heng Bock yang menjadi sandaran untuk meraih emas menerusi perseorangan wanita dan beregu campuran. Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini adalah penyertaan kali ketiga pada tahun 2001 di Itali iaitu pingat emas melalui acara 110 meter lari berpagar lelaki.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable