ASTRO SEDIA LIPUTAN MENYELURUH KL2017

ASTRO SEDIA LIPUTAN MENYELURUH KL2017
KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2017 - Peminat sukan tanah air yang tidak berpeluang menyaksikan Sukan SEA 2017 secara dekat tidak perlu bimbang kerana Astro menyediakan liputan paling komprehensif pada temasya sukan edisi ke 29 yang diadakan di Kuala Lumpur ini.

Astro, selaku penyiar rasmi KL2017 akan menyediakan 4 saluran khas dalam definisi tinggi (HD) di saluran 802, 803, 804 dan 805 menerusi Astro TV dan NJOI TV, manakala 4 lagi saluran tambahan ekslusif akan dilancarkan di aplikasi atas talian Astro GO dan NJOI Now sekaligus menjadikan 8 saluran percuma untuk tontonan peminat sukan tanah air.

Pengalaman tontonan secara maksimum aksi atlet-atlet negara menerusi liputan siaran langsung ini akan mula dinikmati orang ramai bermula 14 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin yang hadir merasmikan Majlis Pelancaran Astro untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memuji inisiatif Astro menyediakan liputan menyeluruh dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menyasikan atlet negara mencipta sejarah dilaman sendiri.

"Astro beperanan sebagai penyiar utama dengan liputan paling meluas setiap hari demi memastikan semua peminat sukan negara dapat berkongsi kegembiraan dan kemeriahan temasya dan semangat perjuangan atlet yang mengibarkan Jalur Gemilang." Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut termasuklah Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YAM Tunku Tan Sri Imran Almarhum Tuanku Ja'afar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable