RIKI, IRENE SERAP ILMU KANADA, JEPUN

RIKI, IRENE SERAP ILMU KANADA, JEPUN
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2017 - Peluang Rikigoro Shinozuka dan Irene Chong See Win untuk menaiki podium tertinggi dalam acara triathlon dianggap sama rata dengan pencabar mereka. Demikian pandangan pengurus pasukan, Peter Lau, yang juga naib presiden Persatuan Triathlon Malaysia (TRIAM).

“Semua atlet yang bertanding memiliki peluang sama rata, kejayaan diraih banyak bergantung kepada kemahuan dan kesungguhan atlet itu sendiri. Apabila berada di garisan permulaan peluang terbuka kepada atlet berstatus pilihan mahupun yang kali pertama beraksi.”

“Semua atlet perlu bergantung pada diri sendiri, memang ketika latihan jurulatih akan memberikan tunjuk ajar mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan, tetapi ketika ini mereka perlu berusaha sendiri.

“Atlet pilihan atau sebaliknya bukanlah jadi petunjuk untuk mereka bergelar juara, tetapi prestasi dipamerkan pada hari kejohanan, yang penting keinginan atlet itu sendiri untuk melakar kejayaan,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, tengah hari tadi.

Turut hadir Rikigoro atau Riki, dan Irene. Turut tersenarai ialah Ryan Tan Qai Shen (lelaki) dan Zoe Natasha Bowden (wanita). Dua jurulatih yang tersenarai ialah Luc Morin, yang membimbing Riki dari jarak jauh dan Wan Shu Wah.

Mengulas sasaran pada temasya ke-29 kali ini, pasukan kebangsaan meletakkan harapan kepada Rikigoro, atlet berdarah kacukan Jepun dan Malaysia, untuk menukar warna pingat pingat yang dimenangi pada temasya di Singapura, dua tahun lalu, kepada emas.

“Sudah pastinya Perak perlu dipertahankan, namun emas juga tidak mustahil kerana apa yang saya katakan semuanya bergantung kepada atlet itu sendiri.

“Secara asasnya kami mampu mempertahankan pingat perak dalam acara lelaki dan tidak mustahil emas mampu dihasilkan.”

Jika Rikigoro menghabiskan tiga bulan dibimbing Morin di Kanada, Irene menimba pengalaman di Jepun, Peserta triathlon harus menghabiskan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 1.5 kilometer, berbasikal berjarak 40 kilometer sebelum berlari 10 kilometer.

Mac lalu, Rikigoro dan Irene mengesahkan tempat ke Sukan SEA selepas mereka menduduki tempat pertama peringkat saringan pemilihan atlet di Putrajaya. Rikigoro mencatat 2 jam 10 minit 20 saat, diikuti Ryan (2:11.45) manakala dalam saingan wanita, Irene mencatat 2:24.03 dan Zoe (2:31.19). Adrian Yeo dan Berry Lee pula dipilih sebagai pelari simpanan lelaki manakala Teoh Sue Lin diletakkan sebagai pelari simpanan bagi kategori wanita selepas menamatkan larian di tempat ketiga. 

 Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable