ATLET NEGARA MERIAHKAN EXPO NEGARAKU

ATLET NEGARA MERIAHKAN EXPO NEGARAKU
KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER 2017 - Hampir 40 atlet negara memeriahkan pameran Expo Negaraku yang diadakan di Dataran Merdeka, pagi tadi.

Diketuai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail, atlet negara dibawa melawat lima kubah utama memperincikan mengenai pembangunan infrastruktur terkini dan akan datang.

Kubah pertama berkonsepkan seperti sebuah teater, kubah kedua berbentuk ruang pameran bervisual yang menggunakan teknologi elektronik, kubah ketiga juga berbentuk ruang pameran tetapi menonjolkan kejayaan program dan inisiatif dalam meringankan kos sara hidup rakyat manakala kubah keempat dan kelima berkonsepkan pusat video interaktif.

Dato' Ahmad Shapawi ketika ditemui berkata, expo ini dapat membuka minda atlet meneroka bidang lain selain menceburi bidang sukan.

"Kita akan aturkan setiap atlet yang berkampung di MSN untuk hadir ke Ekspo ini kerana mahu mereka melihat di luar kepompong mereka tentang pembangunan negara dan perjalanan pembangunan negara kita selama ini".

Ekspo yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 November lalu, merupakan ekspo infrastruktur terbesar yang mempamerkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera untuk rakyat. Ekspo yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri itu dibuka secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam selama sebulan sehingga 15 Disember depan.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable