BEKAS PELAJAR ILKBS DIANUGERAHKAN SEBAGAI IKON TVET MALAYSIA

BEKAS PELAJAR ILKBS DIANUGERAHKAN SEBAGAI IKON TVET MALAYSIA
SHAH ALAM, 27 SEPTEMBER 2017 - Pelancaran TVET Malaysia oleh Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak adalah amat bertepatan bagi mengarus perdanakan latihan TVET dengan lebih komprehensif dalam menuju negara maju. Pelbagai inisiatif telah diberikan dalam memastikan aliran TVET terus relevan dan berkembang ke arah mewujudkan Malaysia di antara 20 negara maju. Semasa majlis pada petang tadi YAB. Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Khas kepada seramai 16 orang ikon TVET dari lepasan pelajar yang telah berjaya dengan bidang masing-masing daripada pelbagai institut antaranya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Dua orang bekas pelajar dari keluaran ILKBS telah dianugerahkan sebagai ikon TVET Malaysia semasa majlis pelancaran tadi. Penganugerahan ini telah menjulang nama pelajar kita dan secara amnya telah memartabatkan latihan TVET di Malaysia.

Saudara Mohd Abharuddin bin Aziz adalah salah seorang ikon TVET Malaysia keluaran ILKBS dan bekas pelajar dari IKBN Jitra, di bidang jurusan jahitan Pakaian. Dengan berbekalkan kepada SKM Tahap 2 dan pengalaman yang beliau corakkan, kini beliau telah berjaya mempunyai butik perniagaan yang ternama iaitu Qudyn yang terletak di Tasik Permaisuri, Cheras. Beliau juga turut menjadi perunding fesyen kepada beberapa artis terkemuka antaranya Rozita Che Wan dan Dato' Siti Nurhaliza dan hasil produk beliau juga telah diperagakan hingga ke luar negara.

Manakala seorang ikon TVET Malaysia adalah saudara Mohd Naqib bin Hassan, bekas pelajar Jurusan Perabot, keluaran IKBN Bachok dan IKBN Dusun Tua. Dengan berbekalkan kepada Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dan pengalaman beliau telah membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan dan kini beliau boleh menarik lafaz lega, bengkel perabot beliau yang dahulunya kecil telah menjadi sebuah kilang dan telah mempunyai beberapa kedai perkakasan dan puluhan orang pekerja dengan berpendapatan mencecah ratusan ribu.

Ketua Pengarah Bahagian Pembagunan Kemahiran Belia, YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk kita ketengahkan Ikon TVET kepada belia-belia di luar sana agar menjadi contoh serta ikutan dalam menyuntik semangat mereka untuk terus maju ke hadapan. Padangan orang terhadap TVET sebagai peluang kedua adalah salah. TVET mampu merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah negara maju akan tercapai. Beliau menyeru agar belia-belia di luar sana untuk mengambil peluang ini kerana pelbagai inisiatif dan usaha telah diberikan kerajaan dalam menjadikan TVET sebagai tulang belakang negara. Di dalam pembangunan TVET disamping aspek modal insan turut dipertekankan. Ini yang harus ibu bapa tahu, ILKBS amat menekankan aspek modal insan dan sahsiah diri supaya belia-belia berkompetenan yang dihasilkan menjadi buruan industri kerana mempunyai tahap disiplin dan jati diri yang tinggi.

YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof turut menyeru Alumni ILKBS mendaftar bersama Persatuan Alumni ILKBS Malaysia agar Kementerian Belia dan Sukan dapat berinteraksi dan berkongsi kejayaan anda dan anda juga dapat berbakti kepada adik-adik yang masih di ILKBS dengan memberi mereka dorongan dan panduan agar mereka mempunyai matlamat yang jelas ke arah masa depan yang lebih gemilang. "Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua-dua Ikon TVET Malaysia ini" maklum beliau.

Disediakan oleh : Bahagian Pembagunan Kemahiran Belia KBS
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable