BENGKEL INTENSIF E-ROY MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) PERTUBUHAN BELIA NEGERI KEDAH DAN PERLIS

BENGKEL INTENSIF E-ROY MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) PERTUBUHAN BELIA NEGERI KEDAH DAN PERLIS
ALOR SETAR, 27 OKTOBER 2017 - Program Bengkel Intensif e-Roy MYKD Peringkat Negeri Kedah dan Perlis bersama Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Belia yang terdiri daripada Setiausaha / Penolong Setiausaha / Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah Negeri Kedah dan Negeri Perlis serta Majlis Belia Daerah seluruh Negeri Kedah telah diadakan dalam usaha untuk menyalurkan maklumat dan panduan kepada semua peringkat pertubuhan di Negeri Kedah dan Perlis terhadap pematuhan kepada Seksyen 22 Akta 668 iaitu penghantaran pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (PPPBM).

Program ini sekali gus akan dapat mengupayakan pertubuhan belia ke arah meningkatkan tahap pembangunan tadbir urus setiap Majlis Belia Negeri / Daerah selaras dengan hasrat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia untuk melaksanakan penggunaan Sistem e-Roy MYKD sepenuhnya pada 2018.

Sesi taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh En. Mohd Izwandy Bin Ismail, Ketua Penolong Pendaftar PPPBM bersama pegawai-pegawai PPPBM. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada En.Mohammad Fadli bin Bakri dari Bahagian Pengurusan Maklumat KBS yang membantu dari segi persiapan teknikal dan juga kepada Pn. Noor'Azah bini Ali@Ahmadb dari PPPBM Zon Utara yang membantu dalam menyelaras perjalanan program ke arah pemantapan tadbir urus Pertubuhan Belia.

Disediakan oleh :ROY HQ
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable