BENGKEL INTENSIF E-ROY MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) PERTUBUHAN BELIA NEGERI MELAKA

BENGKEL INTENSIF E-ROY MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) PERTUBUHAN BELIA NEGERI MELAKA
MELAKA, 29 OKTOBER 2017 - Program Bengkel Intensif e-ROY MYKD Peringkat Negeri Melaka bersama Badan Gabungan, Majlis Gabungan Belia Melaka telah diadakan di Y-Centre, UTC Melaka dalam usaha untuk menyalurkan maklumat dan panduan kepada semua peringkat pertubuhan di Negeri Melaka terhadap pematuhan kepada Seksyen 22 Akta 668 iaitu penghantaran pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (PPPBM).

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia akan melaksanakan penggunaan Sistem e-ROY MYKD sepenuhnya pada tahun 2018. Peluang ini juga digunakan sepenuhnya oleh Pejabat PPPBM untuk memberikan konsultansi mengenai permasalahan yang dihadapi oleh Pertubuhan Belia Negeri Melaka. Sesi taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh En. Razlan Bin Abd Rauf, Penolong Pendaftar dan En. Muhammad Khidhir Bin Mohd Fauzi, Pegawai Pendaftaran, Cawangan Pemantauan Dan Peyelarasan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Taklimat turut disampaikan oleh Salmah Binti Shukor dari Bahagian Teknologi Maklumat. Turut hadir, Puan Hajah Siti Aishah binti Yahya, Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia.

Oleh: ROY Zon Selatan
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable