BENGKEL INTENSIF E-ROY MYKD PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

BENGKEL INTENSIF E-ROY MYKD PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
PAROI, 4 NOVEMBER 2017 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia telah mengadakan Bengkel Intensif e-Roy MYKD Peringkat Negeri Sembilan dengan penyertaan Ahli JawatanKuasa Pertubuhan Belia yang terdiri daripada Setiausaha, Penolong Setiausaha/ Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah dan Negeri di sekitar Negeri Sembilan.

Objekif utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kefahaman secara terperinci penyediaan pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 22 Akta 668. Metodologi pelaksanaan program ini adalah melalui taklimat ringkas dan latihan praktikal penyediaan pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) melalui panduan dan bantuan nasihat oleh pegawai-pegawai dari ibu pejabat.

Selain itu, sesi pengenalan terhadap sistem e-Roy MYKD melalui taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat telah diadakan sebagaimana yang termaktub dalam pelan perancangan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia bagi pelaksanaan sistem e-Roy MYKD pada awal tahun 2018. Maklumat berkaitan taklimat bengkel telah disampaikan oleh En. Razlan Bin Abd Rauf, Penolong Pendaftar PPPBM bersama pegawai-pegawai PPPBM.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Encik Mohammad Fadli Bin Bakri selaku penceramah mengenai sistem e-Roy MYKD serta Pn. Lim Qwee Buay dari PPPBM Zon Selatan yang membantu dari segi penyelarasan perjalanan program dalam memantapkan tabdir urus Pertubuhan Belia.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable