BENGKEL INTENSIF E-ROY MYKD PERINGKAT PERINGKAT ZON TENGAH (NEGERI PERAK) 2017

Cetak
BENGKEL INTENSIF E-ROY MYKD PERINGKAT PERINGKAT ZON TENGAH (NEGERI PERAK) 2017
IPOH, 6 NOVEMBER 2017 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia telah mengadakan Bengkel Intensif e-Roy MYKD Peringkat Zon Tengah (Perak) dengan penyertaan Ahli JawatanKuasa Pertubuhan Belia yang terdiri daripada Setiausaha, Penolong Setiausaha/ Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah dan Negeri di negeri Perak.

Objekif utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kefahaman secara terperinci penyediaan pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 22 Akta 668. Metodologi pelaksanaan program ini adalah melalui taklimat ringkas dan latihan praktikal penyediaan pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) melalui panduan dan bantuan nasihat oleh pegawai-pegawai dari ibu pejabat.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Auddin Hussin Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Sesi pengenalan terhadap Sistem e-Roy MYKD telah disampaikan oleh Pn. Salmah Shukor dari Bahagian Pengurusan Maklumat sebagaimana yang termaktub dalam pelan perancangan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia bagi pelaksanaan sistem e-Roy MYKD pada awal tahun 2018.

Maklumat berkaitan taklimat bengkel telah disampaikan oleh En. Mohd Uzaini Mohammad Sani, Penolong Pendaftar Kanan PPPBM bersama pegawai-pegawai PPPBM. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Cik Nuraida Idris dari PPPBM Zon Tengah serta semua pihak yang membantu dari segi penyelarasan perjalanan program dalam memantapkan tabdir urus Pertubuhan Belia.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS
FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable