BENGKEL POST MORTEM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI

BENGKEL POST MORTEM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI
CHERAS, 30 OKTOBER 2017 - Bengkel Post Mortem Hari Sukan Negara Peringkat Negeri yang berlangsung selama satu hari di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif sekretariat dalam mengumpul maklumat perlaksanaan di peringkat akar umbi ke arah penambahbaikan perlaksanaan Hari Sukan Negara kelak.

Bengkel yang dihadiri seramai 60 orang peserta dari kalangan pegawai belia dan sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri seluruh Malaysia ini mendapat sokongan baik dari semua pihak dalam melaksanakan Hari Sukan Negara Peringkat negeri baru-baru ini. Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Dr Mohd Ghani Bin Mohd Yusof Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, memangku Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Turut hadir dibengkel Post Mortem ini adalah Tuan Hj. Abd Haris Bin Ishak Pengarah Cawangan Kecergasan, Bahagia Pembangunan Sukan, Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir Pengarah Cawangan Penggalakkan Dan Pembangunan Sukan seta Cik Mohsinar Binti Abd Malek Ketua Sekretariat Hari Sukan Negara.

Disediakan oleh : Nik Nooazlin bt Nik Mohd Nor (Bahagian Pembangunan Sukan)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable