"CIMB - JCM JUNIOR DEVELOPMENT PROGRAMME" USAHA CUNGKIL LEBIH RAMAI BAKAT BARU

KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER 2017 - Yayasan CIMB semalam mengumumkan kerjasama dengan Junior Cycling Malaysia (JCM) selama 3 tahun bermula 2018 hingga 2020 dalam usaha mencungkil lebih ramai bakat baru dalam sukan berbasikal melalui Program Pembangunan CIMB-JCM Junior.

Menerusi sokongan Yayasan CIMB, ia akan membantu bakat JCM untuk mencari dan memupuk calon juara yang berpotensi seawal usia tujuh tahun untuk menjadi pelumba elit secara struktur dan sistematik.

Yayasan CIMB juga akan menaja 8 pelumba JCM dalam Jelajah Australia bulan depan selain mengambil bahagian dalam satu siri perlumbaan trek dan lebuh raya selama sebulan.

Program Pembangunan CIMB-JCM Junior dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB Datuk Hamidah Naziadin.

JCM adalah satu inisiatif dikendalikan oleh Kementeria Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara untuk membangunkan sukan berbasikal di Malaysia di semua peringkat, daripada mereka yang mula belajar kepada juara berbasikal, serta untuk mengikut jejak langkah pelumba trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang.

JCM yang ditubuhkan pada April 2016 telah menganjurkan 13 kejohanan kriterium, tiga perlumbaan jalan raya, satu trek dan satu kejohanan BMX setakat ini selain klinik kemahiran berbasikal di sekolah terpilih untuk menggalakkan aktiviti berbasikal selamat serta mengasah bakat baharu.

Menerusi kerjasama ini juga, pelumba remaja berpotensi akan berpeluang menyertai kejohanan di luar negara seperti Eropah dan Australia. Selain basikal, Yayasan CIMB juga merupakan penaja program pembangunan skuasy negara, pasukan "blind football" dan pasukan bola keranjang kerusi roda.

Disediakan oleh : Adila Mohamamd (Majlis Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable