KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

FIT MALAYSIA JOHOR TARIK 15000 ORANG PENYERTAAN

FIT MALAYSIA JOHOR TARIK 15000 ORANG PENYERTAAN
MUAR, 10 MAC 2018 – Fit Malaysia Johor mencatat fenomena tersendiri apabila mencatatkan lebih daripada 15,000 orang penyertaan. Bagi edisi kali ini, program telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti acara berbasikal 30km dan 10km serta acara larian 10km dan 5km, aktiviti kecergasan senamrobik, cabaran kecergasan, pemeriksaan kesihatan dan pameran NBOS dari agensi serta jabatan yang terlibat. Turut mengambil bahagian dalam acara berbasikal ialah YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan.

Beliau seterusnya menyempurnakan perasmian Fit Johor di pentas utama bersama YB Datuk Seri Haji Razali Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YB Dato' Haji Zulkarnain bin Hj Kamisan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Fit Malaysia kini memberi tumpuan kepada pendekatan membina komuniti sukan, memperkukuhkan perpaduan, melaksanakan program yang bersifat inklusif dan melibatkan semua kelompok masyarakat tanpa batasan kaum, umur, jantina dan keadaan fizikal, serta mengenalpasti bakat baru dalam bidang sukan.

“Sambutan dan kemeriahan yang ada pada hari ini membuktikan orang ramai semakin menyedari kepentingan dan keperluan mengaktifkan pembudayaan sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat,” ujar Khairy ketika ucapan perasmian.

Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable