HARI SUKAN NEGARA 2017 DISAMBUT MERIAH DI PERKARANGAN BUKIT JALIL

HARI SUKAN NEGARA 2017 DISAMBUT MERIAH DI PERKARANGAN BUKIT JALIL
BUKIT JALIL, 14 OKTOBER 2017- Sambutan Hari Sukan Negara 2017 (HSN2017) disambut meriah di perkarangan Stadium Bukit Jalil dengan pelancaran peringkat kebangsaan yang disempurnakan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sambutan HSN yang diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober itu merupakan satu inisiatif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’. Pelbagai acara menarik diadakan pada tahun ini di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil seperti Larian Fit Malaysia 10 Kilometer (Km) / 5 Km, berbasikal 10 Km/ 30 Km, zumba dan persembahan yang menjadi acara utama setiap kali penganjuran HSN.

‘Kita adalah negara berbilang kaum dan wadah terbaik satukan kita semua adalah melalui sukan,’ ujar Dato’ Seri Najib ketika merasmikan HSN2017 di Dataran Keris, Stadium Nasional Bukit Jalil. Turut menyertai beliau adalah Menteri Belia dan Sukan , YB Brigedier Jeneral Khairy Jamaluddin yang sama-sama mengambil bahagian dalam acara berbasikal 30 Km bersama orang ramai dan juga atlet-atlet Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Antara kelainan HSN pada tahun ini berbanding penganjuran tahun sebelumnya adalah seperti atlet-atlet di hantar pulang ke kampung halaman bagi memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara. Selain itu, semua prasarana dan kemudahan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibuka secara percuma di seluruh negara pada 14 Oktober. KBS juga mahu rakyat Malaysia menyokong aktiviti dan program melalui penyertaan secara sukarela tanpa perlu bergantung pada aktiviti yang dianjurkan oleh KBS.

Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional selari dengan matlamat negara ke arah meletakkan Malaysia di kedudukan 20 tangga teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi menjelang 2050. Prograam ini juga menggalakkan rakyat Malaysia menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif di dalam kehidupan seharian mereka.

Oleh: Muhammad Amirul Izwan Bin Isham

muhammadamirulizwan94@gmail.com

Disunting oleh: Hairol Hisham bin Hamdan

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable