HASRAT ARWAH HADIAHKAN KERUSI RODA REKAAN KHAS KEPADA BAPANYA TERCAPAI

HASRAT ARWAH HADIAHKAN KERUSI RODA REKAAN KHAS KEPADA BAPANYA TERCAPAI
BUKIT KATIL, 28 NOVEMBER 2017 - Alumni IKTBN Temerloh bersama pihak IKTBN Temerloh telah mengadakan Program Ziarah Kasih Alumni IKTBN Temerloh 2017 ke atas keluarga Allahyarham bekas pelajar IKTBN Temerloh yang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut di Jasin, Melaka pada 19 Mac 2017 yang lalu.

Arwah merupakan seorang yang bersemangat, berdedikasi dan sayang akan keluarga serta kedua orang tuanya. Allahyarham merupakan pelajar di dalam Bidang Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Penyelenggaraan Sesi Akhir. Beliau juga sangat aktif, ceria dan kreatif orangnya. Sewaktu hayat, beliau telah merekabentuk bagi mengubahsuai kerusi roda yang akan beliau reka khas untuk bapanya, seorang OKU. Namun, hasrat beliau tidak kesampaian dan behenti separuh jalan kerana ajal mendahuluinya.

Kesedihan yang menimpa keluarga ini dapat dirasai oleh seluruh warga IKTBN Temerloh. Para pelajar Sesi 2/2017 dari Jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif Pembuatan telah bertekad untuk menyiapkan projek khas yang telah Allahyarham rekabentuk untuk bapanya. Dengan tekad dan semangat berpasukan, para pelajar tersebut telah berjaya menyiapkan hasil projek Allahyarham yang telah diberi nama 'Flexible Wheelchair with Adjustable Seat'.

Kerusi roda yang direka khas ini mampu dilaraskan kedudukan tinggi dan rendah serta ke depan dan belakang bagi memudahkan pergerakan dan penggunaan harian bapa beliau. Kerusi roda ini dikuasakan dengan tenaga bateri dan mampu menampung beban sehingga 100 kg. Manakala boleh dilaras tinggi rendah dalam julat 9 - 16 inci dan mampu untuk menggerakkan tempat duduk ke hadapan sebanyak 9 inci.

Penyerahan kerusi roda ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia sambil disaksikan oleh Pengarah IKBN Kinarut, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh, IKTBN Seri Iskandar, IKBN Jitra dan IKBN Kuala Langat, Pengarah JBSN Melaka, para pegawai dan pelajar IKTBN Temerloh sendiri. Sesi penyerahan ini sungguh menyentuh perasaan setiap yang hadir dan memberi sedikit sebanyak pengajaran yang bermakna kepada semua. Semoga roh Allahyarham bersemadi dengan tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beramal solleh.

Disediakan oleh :Norzaidi Mohd Radzi (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable