IKBN NAKA PENERAJU INKUBATOR TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN ZON UTARA

IKBN NAKA PENERAJU INKUBATOR TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN ZON UTARA
KUALA NERANG, 9 APRIL 2018 – Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Dr. Mohd Ghani Mohd Yusof mewakili Ketua Setiausaha KBS, YBhg Dato' Lokman Hakim Ali menyempurnakan Majlis Pelancaran Inkubator Teknologi Pemprosesan Makanan Zon Utara @ IKBN Naka, Kedah.

Inkubator dengan peralatan canggih bagi Teknologi Pemprosesan Makanan adalah yang pertama seumpamanya di zon utara dan ini menjadikan IKBN Naka sebagai peneraju hab latihan dan Inkubator Teknologi Pemprosesan Makanan di koridor utara. Sempena majlis tersebut, sebanyak lima nota persefahaman telah dimeterai antara KBS dengan Syarikat Otai Group, Aishah Food Industries, Iman Kasih Resources, Ezy Food dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kedah untuk memastikan hasrat besar KBS dalam menjayakan hala tuju Inkubator mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dan pengajar mengikuti latihan dengan situasi sebenar seperti di industri melalui latihan berbentuk training cum production.

Majlis pelancaran ini juga menyaksikan pelajar–pelajar ILKBS menyumbang kepakaran dan kemahiran kepada masyarakat dengan menawarkan pemeriksaan dan penyelenggaraan asas aircond kereta dan servis penukaran minyak hitam secara percuma. Penawaran perkhidmatan ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan ILKBS kepada komuniti setempat dan secara tidak langsung bertindak sebagai training ground kepada mereka untuk memantapkan kemahiran sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable