IKTBN BACHOK MERIAHKAN TN50 PARLIMEN BACHOK

IKTBN BACHOK MERIAHKAN TN50 PARLIMEN BACHOK
BACHOK, 5 JUN 2017 – Semalam telah berlangsungnya Program Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Kelantan (MBK) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Seramai 80 orang para belia dikumpulkan dalam program tersebut yang rata-ratanya merupakan belia dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, UMK Bachok, UMK Jeli dan juga Gerakan Belia 4B. Program yang dianjurkan merupakan inisiatif dalam mengumpul aspirasi para belia untuk diangkat kepada pentadbiran negara dalam menjayakan TN50.

Selepas program tersebut, para peserta program bergerak ke perkarangan Masjid Mahmudi Bachok bagi menjayakan Program Penerapan Nilai- Nilai Murni di Bulan Ramadhan dan juga Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, YAB Timbalan Perdana Menteri merasmikan majlis tersebut dan seterusnya satu majlis tahlil ringkas diadakan.


Disediakan oleh : IKTBN Bachok
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable