ISN BERDUKACITA DI ATAS KEHILANGAN RONALD FAUVEL

ISN BERDUKACITA DI ATAS KEHILANGAN RONALD FAUVEL
Dengan rasa dukacita, Institut Sukan Negara(ISN) kehilangan Pakar Terapi Tisu Lembut, Ronald Fauvel dari bahagian PODIUM. Mendiang meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur(HKL) disebabkan komplikasi pernafasan. Fauvel, 59 tahun, amat sinonim dalam arena sukan tempatan mengendalikan pelbagai jenis sukan menggunakan pengalaman dan kepakaran yang tinggi di dalam bidangnya.

Mendiang telah berkhidmat bersama ISN sejak 22 tahun lalu pada tarikh 15 Jun 1995 ketika ISN berada di Stadium Jalan Raja Muda lagi. Ketika itu mendiang berperanan mengendalikan pasukan olahraga dibawah program ‘Jaya 98’.

Malah mendiang merupakan pakar terapi urut yang khusus buat jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David dan mengiringi beliau di setiap kejohanan dalam dan luar negara. Dilahirkan pada 20 Julai 1958, mendiang berasal dari Montreal, Quebec di Kanada meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.

Disediakan oleh : Nur Zatil Hidayah (Institut Sukan Negara)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable