IYRES TERIMA ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA

IYRES TERIMA ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA
SEBERANG JAYA, 22 NOVEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Sijil Pematuhan Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) dalam satu acara yang diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Selasa. Sijil Pematuhan SAGA merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada agensi-agensi yang melaksanakan sistem ini serta memberi kelebihan kepada agensi yang telah diiktiraf untuk mendapat lebihan skor dalam pengauditan Indeks Akauntabiliti.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh En. Saat Esa, Akauntan Negara kepada YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Selain IYRES, sebanyak 22 badan berkanun samada di peringkat persekutuan dan negeri turut menerima anugerah berkenaan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah En. Mohd Farius Bujang, Penolong Akauntan, IYRES.

Disediakan oleh: Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah@iyres.gov.my

Disunting oleh: Zuarini Jumai
zuarini@iyres.gov.my


FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable