KBS ANJUR PROGRAM RETREAT PENGURUSAN PEMBANGUNAN DAN KEWANGAN

KBS ANJUR PROGRAM RETREAT PENGURUSAN PEMBANGUNAN DAN KEWANGAN
JOHOR BAHRU, 20 DISEMBER 2017 - Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Retreat Pengurusan Pembangunan dan Kewangan Kementerian Belia dan Sukan mulai 18 November yang lalu. Program ini telah diadakan selama 3 hari di mana telah melibatkan Ahli MPT KBS bersama Pengarah-Pengarah institut/ jabatan serta Ketua Agensi di bawah Kementerian ini.

Program ini diadakan bagi memantapkan pengurusan dan tadbir urus kementerian mengikut perancangan dan landasan yang tepat. Kementerian amat memandang serius akan tanggungjawab setiap agensi dan jabatan dalam melaksanakan KPI yang telah ditetapkan. Program ini juga turut menekankan perancangan bagi tahun 2018 agar ianya lebih holistik dan menyeluruh.

Program Retreat pada kali ini turut diisi dengan taklimat ilmiah daripada Majlis Keselamatan Negara yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menyentuh perkara berkaitan 'Bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan disegani' dan turut memberi taklimat berkaitan 'Ancaman Pengganas dalam Isu Keselamatan Negara', di mana ia perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Bagi memantapkan pelaksanaan kewangan dan tadbir urus KBS, satu taklimat berkaitan 'Accrual Accounting System' (1GFMAS) dan Pengurusan Kewangan serta Aset Kerajaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Yaacob Mustafa, Timbalan Akaun Negara, Kementerian Kewangan. Beliau menegaskan agar setiap PTJ perlu peka akan tanggungjawab mereka dan menyarankan semua Agensi dan Jabatan di bawah KBS perlu untuk mendaftar segala aset yang mereka ada mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pada hari ketiga program, Bahagian Dasar telah membentangkan KPI 2017 kepada semua ketua agensi dan jabatan. Terdapat beberapa KPI yang masih belum dicapai dan perlu disempurnakan sebelum 31 Disember ini dan sebelum majlis menutup tirai, Ketua Audit Dalaman KBS turut berkongsi informasi berkaitan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan seperti Pendaftaran Aset, Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Tatacara Kewangan dan sebagainya.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Haslina binti Abdul Hamid, TKSU(S), KBS. Dalam ucapan penutupan tersebut, beliau menyampaikan pesanan dan amanat YBhg. Dato' KSU berkaitan perkara yang perlu diambil tindakan seperti pemantapan prosedur kewangan, berkaitan audit dan perancangan dalam pelaksanaan program-program yang akan dijalankan oleh jabatan/agensi pada tahun 2018.

Beliau juga turut memohon agar semua agensi dapat mengadakan program bersama belia-belia bandar terutama bagi belia bermasalah dan terlibat dalam najis dadah. Penglibatan IKTBN Bukit Mertajam melalui jalinan kerjasama KBS dalam melatih belia-belia penghuni CCRC Karangan, Kulim dengan latihan kemahiran seperti Penyelenggaraan Penyamanan Udara Domestik dan Kenderaan serta bidang Kimpalan mampu menangani gejala seperti itu dari berleluasa. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan sesi bergambar bersama semua Ahli MPT dan Pengarah/ Ketua Agensi di bawah KBS.

Disediakan oleh : Norzaidi bin Mohd Radzi (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable