KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

KEDAH MEDAN LAHIR LEBIH RAMAI ATLET SKUASY BERTARAF BINTANG

KEDAH MEDAN LAHIR LEBIH RAMAI ATLET SKUASY BERTARAF BINTANG
ALOR SETAR, 3 FEBRUARI 2018 - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu Kedah terus menjadi medan melahirkan lebih ramai bintang skuasy di negara ini.

Jelas Khairy, pembinaan pusat latihan skuasy baharu di Stadium Sultan Abdul Halim dengan kos RM7.6 juta adalah tanda pengiktirafan kejayaan 4 atlet skuasy Kedah yang memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain 2018 bulan lalu.

"Pembinaan gelanggang skuash ini juga merupakan bukti usaha kerajaan yang serius secara berterusan mahu melahirkan lebih ramai pemain skuash bertaraf antarabangsa seperti yang kita miliki ketika ini."

"Saya amat berharap lebih banyak lagi S. Sivasanggari yang akan berjaya dilahirkan di Negeri Kedah ini dengan terbinanya pusat latihan skuash ini nanti," katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Pusat Latihan Skuasy Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Turut hadir Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Pusat Latihan Skuasy negeri Kedah yang baharu itu dijangka siap menjelang awal 2019 bakal dilengkapi 8 buah gelanggang latihan dan pertandingan yang mana 4 gelanggang berhawa dingin dan 4 gelanggang berkipas, ruang pejabat, tandas dan bilik persalinan termasuk tandas OKU serta tempat letak kereta.

Disediakan oleh : Majlis Sukan Negara

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable