KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2018

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2018
KUALA LUMPUR, 3 MAC 2018 - Sebanyak 30 pasukan telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2018 yang telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan pada 3 Mac 2018 yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Program anjuran IYC dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PBJWP) adalah bertujuan untuk memperkasakan penglibatan belia dalam mencungkil bakat baru khususnya dalam sukan bola jarring serta memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum melalui sukan bola jaring.

Dua kategori yang dipertandingkan iaitu, Kategori Bawah 18 Tahun dan Kategori Wanita Terbuka telah menawarkan hadiah wang tunai berserta medal dan sijil bagi tempat keempat hingga johan bagi setiap kategori. Bagi Kategori Bawah 18 Tahun, johan jatuh kepada pasukan Dream Team B manakala johan bagi Kategori Wanita Terbuka pula dimenangi oleh pasukan PPO.

Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En.Marzuki b. Hashim, Eksekutif Kanan (Program) dan Pn. Hasnila Bt. Mohd. Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran) IYC.

Disediakan oleh : Jadzreill b. Jaafar Penolong Eksekutif (Program)
Disemak oleh : Marzuki B. Hashim Eksekutif Kanan (Program)

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable