KEM GENERASI MUDA HOLISTIK PERMULAAN PENGISIAN CUTI SEKOLAH

KEM GENERASI MUDA HOLISTIK PERMULAAN PENGISIAN CUTI SEKOLAH
KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2017 - Minggu pertama cuti sekolah akhir tahun ini tidak disia-siakan oleh beberapa orang remaja yang telah menyertai Kem Generasi Muda Holistik yang merupakan anjuran bersama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Centre of Business (CBE) Universiti Malaya dengan kerjasama LahaZone pada 25 hingga 26 November 2017 di Dewan Kampo, IYC.

Penyertaan melibatkan hampir 100 orang remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun dengan pelbagai latarbelakang demografi. Program ini sangat berbeza dari segi pengisiannya di mana ia berasaskan aktiviti bagi membolehkan para peserta menguasai asas kemahiran insaniah seperti teknik mentaliti proaktif, teknik bermonolog, teknik mencipta suis emosi dan teknik-teknik lain yang telah diterokai dalam kehidupan seharian secara holistik.

Penceramah yang telah menjayakan program ini antaranya ialah YBhg. Dr. Hj. Mohamed Maliki selaku Pengarah IYC, YBhg. Dr. Ahmad Zahiruddin, Pengarah CBE UM, Tuan Osman Affan, Cikgu Jinggo dan Puan Nur Lahaniz Daud. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta dan cenderahati kepada peserta yang bertuah.


Disediakan oleh : Mohd Fauzi Khalip (Pusat Belia Antarabangsa)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable