KERJASAMA PRASARANA-KBS MENGGAPAI ASPIRASI TN50

KERJASAMA PRASARANA-KBS MENGGAPAI ASPIRASI TN50
KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER- Menjunjung aspirasi Transformasi Nasional (TN50), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperbaharui azam untuk berkolaborasi bagi menjayakan usaha murni kerajaan itu.

Antara sokongan yang diberikan oleh Prasarana bagi menyokong aspirasi ini termasuklah perlantikan duta muda TN50 yang telah bertungkus lumus sejak Ogos lepas untuk berjumpa dengan pengguna tren dan bas kendalian Prasarana dalam mengumpulkan aspirasi mereka menjelang TN50. Seterusnya, aspirasi yang dikumpulkan dibahagikan kepada 10 Aspirasi Prasarana sebelum diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin.

Penyerahan 10 aspirasi kepada YB Khairy Jamaluddin oleh duta-duta TN50 Prasarana diadakan dengan penuh simbolik dan unik kerana ia pertama kali diadakan di dalam tren LRT. Perjalanan selama 7 minit daripada stesen Bangsar ke stesen Universiti ini juga diisi dengan ucapan ringkas mengenai hala tuju aspirasi TN50 oleh YB Khairy Jamaluddin serta sidang media.

Prasarana juga menyediakan dua tren empat gerabak, dua bas dua tingkat dan 42 bas setingkat RapidKL yang berlatarbelakangkan tema TN50 bagi menyebarluaskan kepada orang ramai tentang hasrat murni kerajaan untuk membentuk negara Malaysia melalui acuan TN50.

Disediakan oleh: Muhammad Amirul Izwan Bin Isham
amirulizwan@kbs.gov.my

Disunting oleh: Hairol Hisham Hamdan

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable