KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

KHAIRY RASMI KOMPLEKS SUKAN TAPAH

KHAIRY RASMI KOMPLEKS SUKAN TAPAH
TAPAH, 4 MAC 2018 - Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaludin merasmikan Kompleks Sukan Tapah yang bernilai RM11 juta khusus untuk kemudahan penduduk kawasan di sekitar Tapah yang bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan.

“Pembinaan Kompleks Sukan Tapah fasa 1 telah menyediakan kemudahan sukan iaitu dewan serbaguna yang boleh menempatkan tiga gelanggang badminton dan satu gelanggang bola jaring serta kafeteria,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M.Saravanan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Ketua Setiausaha KBS, Dato' Lokman Hakim Ali dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail.

Khairy turut mengumumkan fasa kedua kompleks tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat yang meliputi pembinaan astaka di padang bola yang menyediakan 500 kerusi bagi penonton dan trak larian balapan sintetik.

“Turut akan disediakan ruang lompat jauh, kijang dua lorong untuk renjam lembing, lompat tinggi, lempar cakera dan lontar peluru.

“Kita mahu menyediakan semua kemudahan olahraga supaya segala kejohanan sukan Majlis Sukan Negara (MSN) boleh dijalankan di sini,” katanya.

Tambah Khairy, kompleks sukan tersebut juga akan menjadi salah satu venue Sukan Malaysia 2018 (SUKMA) dimana kejohanan remaja lawan pedang akan dianjurkan di komplek tersebut. Kompleks Sukan Tapah Fasa 1 berkeluasan 12.56 ekar ini terletak di Mukim Batang Padang dilengkapi dengan kemudahan sukan termasuk dewan serbaguna yang memuatkan tiga gelanggang badminton, tiga gelanggang sepak takraw serta gelanggang bola jaring.

Disediakan oleh : Majlis Sukan Negara

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable