KONSERT NATCATHIRA VIZHA 2018 DI STADIUM NASIONAL

KONSERT NATCATHIRA VIZHA 2018 DI STADIUM NASIONAL
KUALA LUMPUR, 6 JANUARI 2018 - Dua bintang terkenal dari India Rajinikanth dan Kamal Hassan telah tiba di Malaysia sempena Konsert Natchathira Vizha 2018 yang berlangsung di Stadium Nasional. Selain itu, beberapa orang artis lain turut menampilkan persembahan hebat seperti Urya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Aarya, Jeeva, Nayanthara, Tamanna dan Hansika.

Natchathira Vizha 2018 telah membawa kelainan dengan menggabungkan persembahan nyanyian, tarian, perlawanan kriket dan bola sepak di antara artis dari Selatan India dengan artis tempatan.

Acara ini telah bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Ramai peminat yang datang ke Stadium Nasional tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktor dan aktres kegemaran mereka. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang hari tersebut, orang ramai tetap berpuas hati kerana penyediaan fasiliti yang lengkap di dalam Stadium Nasional serta terdapat jualan food truck di dalam Stadium untuk memudahkan pengunjung mendapatkan makanan dan minuman.


Disediakan oleh : Perbadanan Stadium Malaysia

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable