KUNJUNGAN HORMAT OLEH PESERTA PROGRAM KAPAL BELIA ASIA TENGGARA DAN JEPUN (SSEAYP) KALI KE-44/2017 KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PESERTA PROGRAM KAPAL BELIA ASIA TENGGARA DAN JEPUN (SSEAYP) KALI KE-44/2017 KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
PUTRAJAYA, 25 SEPTEMBER 2017- Peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2017 kali ke-44 telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali semalam di Menara KBS.

Tujuan sesi kunjung hormat ini adalah untuk mendengar amanat dari KSU KBS sebagai suntikan semangat kepada peserta dalam usaha menjaga imej serta nama baik negara semasa mengambil bahagian dalam program. Selain itu, sesi ini juga adalah sebagai platform bagi pihak peserta untuk menyampaikan hasrat dan permohonan beberapa perkara bagi tujuan penyertaan program.

SSEAYP merupakan inisiatif kerajaan Jepun dengan kerjasama dan penyertaan aktif dari 10 buah negara Asia Tenggara yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama di antara belia-belia Asia Tenggara dan Jepun dalam memastikan aspek pembangunan belia. Malaysia akan diwakili oleh 28 peserta yang akan menjadi duta kecil Malaysia dan mereka akan bertukar pendapat serta memperkenalkan budaya di negara masing-masing.



Oleh: Muhammad Amirul Izwan Bin Isham (UKK)
 

Disunting oleh: Hairol Hisham Hamdan (UKK)
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable