KURSUS PENDEDAHAN MS DAN BENGKEL DOKUMENTASI MS ISO 9001:2015

KURSUS PENDEDAHAN MS DAN BENGKEL DOKUMENTASI MS ISO 9001:2015
BACHOK, 5 JUN 2017 – Pada 21 hingga 25 Mei 2017 yang lalu, satu Kursus Pendedahan MS dan Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Perpustakaan IKTBN Bachok yang dihadiri seramai 35 orang pegawai dan kakitangan IKTBN Bachok dan dua orang pegawai dari IKBN Wakaf Tapai.

Sesi kursus ini telah dijalankan oleh pihak Syarikat Dimasq Consultancy yang diwakili oleh En. Mohd Shazwan Ariff Bin Mohamad Kashim sebagai Fasilitator sepanjang kursus tersebut. Kursus ini dijalankan selama lima hari di mana ceramah pendedahan mengenai MS ISO 9001:2015 telah berlangsung selama dua hari manakala pengemaskinian Dokumen ISO yang telah sedia ada berlangsung selama tiga hari.

Disediakan oleh : IKTBN Bachok
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable