KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN SUKAN (KPOBS) ZON TIMUR

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN SUKAN (KPOBS) ZON TIMUR
KUALA TERENGGANU, 27 OKTOBER 2017 - Pada 26 dan 27 Oktober 2017 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) Peringkat Zon Timur yang melibatkan semua badan sukan baru berdaftar bagi Negeri Terengganu dan Kelantan sahaja.

Seramai 52 orang peserta dari badan sukan baru berdaftar telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan badan sukan di samping memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan mesyuarat dan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil peserta telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, En Mazlan bin hj. Muhamad Anis.

Disediakan oleh : Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable