KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

LAWATAN KSU KE LADANG NANAS TANAH TINGGI

LAWATAN KSU KE LADANG NANAS TANAH TINGGI
SERI MENANTI, 10 MAC 2018 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali telah melawat ke tapak projek nanas tanah tinggi Y.M. Tengku Dato’ Seri Hasmuddin Tengku Othman di Seri Menanti Valley Farm.

Ladang ini boleh dijadikan contoh kepada usahawan belia yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang penanaman nanas, di samping memperkenalkan teknik tanaman nanas jenis MD2 di kawasan tanah tinggi. Nanas MD2 mempunyai tahap kemanisan yang tinggi dan tidak lidas apabila dimakan dalam jumlah yang banyak.

Selain itu, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia juga bersedia untuk memberikan bantuan dari segi teknikal dan khidmat nasihat kepada para usahawan belia yang berminat, dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai peladang muda menanam nanas jenis MD2.

Lawatan ini turut dihadiri Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Ketua Seksyen Kontrak Pusat dan Sistem Panel Kementerian Kewangan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia, Pengarah Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable