KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

MAJLIS AMANAT DAN SESI PENYERAHAN SURAT KENAIKAN PANGKAT

MAJLIS AMANAT DAN SESI PENYERAHAN SURAT KENAIKAN PANGKAT
PUTRAJAYA, 8 MEI 2018 – Seramai 49 orang pegawai menerima Surat Kenaikan Pangkat dalam Majlis Amanat dan Sesi Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Bagi Kumpulan Pelaksana bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Lokman Hakim bin Ali yang diadakan di Menara KBS.

Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan ke atas prestasi serta perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

“Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan lebih baik dan lebih komited serta ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan negara”, antara amanat yang disampaikan oleh Dato’ Lokman Hakim bin Ali.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Puan Ramona Mohd Razali dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Ahmad Huzairi Rawee.

Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable