MAJLIS MENANDATANGI MoU & PELANCARAN ‘RIMAU CAFÉ’

MAJLIS MENANDATANGI MoU & PELANCARAN ‘RIMAU CAFÉ’
PUTRAJAYA, 13 DISEMBER 2017 – Dalam usaha menyahut langkah kerajaan memartabatkan latihan TVET, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi telah mengambil langkah proaktif dengan memeterai tujuh (7) lagi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama industri dan dua (2) universiti tempatan. Usaha ini diambil bagi memastikan latihan TVET yang diberikan seiring dengan perkembangan industri dan turut meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan mengikis kepercayaan masyarakat selama ini yang menganggap latihan TVET sebagai kelas kedua.

Majlis MoU ini telah disempurnakan oleh YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian dan Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB). Dalam majlis tersebut, KBS telah memeterai MoU dengan Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn. Bhd, Padiberas Nasional Sdn Bhd, Perbadanan Stadium Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad, Kian Joo Group Of Companies, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Kelantan.

Melalui MoU ini, pihak industri telah bersetuju untuk memberi komitmen dalam perkara-perkara seperti On-Job-Training dan peluang pekerjaan, melaksanakan Program Skim Latihan Dual Nasional, Program Bootcamp dan Program Latihan Sangkutan Industri kepada para pengajar ILKBS. UMK pula dilihat mampu membantu KBS dalam usaha menyediakan pegawai kanan atau pensyarah yang berkelayakan untuk merekabentuk dan membangunkan program bercirikan keusahawanan bersama pihak ILKBS, menggalakkan pertukaran tenaga pakar UMK dan memberi khidmat nasihat melalui penyelidikan dan penerbitan bersama. Kerjasama dengan UMP pula akan memberikan peluang KBS terlibat dalam projek pembinaan keretapi berkelajuan tinggi melalui Program Latihan Kemahiran Industri - East Coast Rail Link (PLKI-ECRL). UMP juga akan menyediakan laluan dalam meningkatkan akademik kepada lepasan Diploma ILKBS (setaraf dengannya) ke program-program ijazah sarjana muda. Bagi para pengajar ILKBS, peningkatan kemahiran mereka juga boleh dikembangkan di UMP secara mod separuh masa.

Dalam perkembangan berkaitan, YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin turut menyempurnakan Majlis Perasmian Kick-Off Kafe Autisme @KBS yang turut diadakan di Menara KBS. Kafe Autisme @ KBS atau ‘Rimau Café berkonsepkan Authentic Learning ini dibangunkan khas bagi melatih belia-belia autisme dalam bidang hospitaliti. Ia adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh KBS dengan kerjasama National Autisme Society of Malaysia (NASOM) untuk membangunkan latihan kemahiran bagi belia autisme. Inisiatif ini memberi peluang dan ruang yang sama kepada golongan autisme mengikuti latihan kemahiran dan menyumbang pengetahuan serta kemahiran mereka dalam industri yang bersesuaian dengan keupayaan mereka.

Disediakan oleh : Norzaidi Mohd Radzi(Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable