KBSFB TwitterKBS KBSYoutube  KBS Feed my gb
IntranetKBS // Webmail

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KESUKARELAWAN ILKBS, TOUCH POINT CABINET AWAY DAY 2017 ZON SELATAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KESUKARELAWAN ILKBS, TOUCH POINT CABINET AWAY DAY 2017 ZON SELATAN
MELAKA, 1 DISEMBER 2017 - Majlis pelancaran program kesukarelawanan ILKBS 2017 telah diadakan pada pukul 3.00 petang di perkarangan Surau Nurul Iman, Bukit Baru, baru baru ini.

Program ini diadakan dengan harapan untuk dijadikan sebagai agenda yang berterusan kerana ia merupakan sumbangan kepada masyarakat setelah kerajaan melaburkan peruntukan yang besar dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran di kalangan belia di negara kita. Ia juga dilihat sebagai salah satu cara meningkatkan teras kepimpinan dan semangat kesukarelawanan di samping mengasah sifat keprihatinan kepada masyarakat setempat. Seiring dengan usaha kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir dengan kepakaran dan sahsiah diri yang tinggi, program ini merupakan salah satu agenda yang tepat kerana dapat mengajar belia untuk lebih cenderung kepada aktiviti kebajikan dan meningkatkan sosio-ekonomi.

Di antara pengisian aktiviti yang telah disediakan ialah, para tetamu kehormat dibawa untuk melawat surau Nurul Iman Bukit Baru bagi meninjau hasil kerja yang telah dilakukan oleh warga ILKBS. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan sesi menandatangani plak perasmian program kesukarelawanan ILKBS oleh YBhg. Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Penyelaras Parlimen Bukit Katil dan YBrs. Dr Hjh Wasitah bt Hj Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia.

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis ialah YAB Datuk Seri Utama Ir Hj Idris bin Hj Harun, Ketua Menteri Melaka, YB. Datuk Haji Md Rawi bin Mahmud (Timbalan EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi), YBhg. Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam (Penyelaras Parlimen Bukit Katil), dan YBhg. Datuk Dr Hj Mat Sirat bin Abu (Pengerusi JAPERUN Bukit Baru).

Majlis pelancaran ini telah dianjurkan oleh IKTBN Alor Gajah dan telah diketuai Pengarahnya, Puan Salmah bt Aziz dan juga turut dibantu oleh Pengarah-pengarah ILKBS Zon Selatan dalam menjayakan majlis ini.

Disediakan oleh:Fairus Atida binti Said (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable